+60178866002 sales@hajihalim.com
Resepi Roti Jala Lembut dan Mudah

Resepi Roti Jala Lembut dan Mudah

Resepi Roti Jala Lembut dan Mudah

Ramai orang cakap susah nak buat roti jala ni, sebenarnya memang mudah dan ringkas, ada yang terlebih lembut dan ada yang keras dan cepat kering, ok. Kali ini kami kongsikan resepi yang ringkas dan mudah untuk tuan puan semua. in shaa allah roti jala akan lembut dan kekal segar dan sedap sepanjang hari.

Bahan-bahan

  • 3 Cawan tepung gandum ( pilihan jenama yang ikut citarasa )
  • 3 Cawan susu segar/santan ( untuk kualiti terbaik guna santan lebih )
  • 1 Biji telur ( Gred A )
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 Sudu kecil garam/gula ( ikut kesesuaian dan citarasa )
  • Sedikit pewarna kuning ( jika nak warna lain boleh guna pewarna pilihan hati

 

Cara-cara masak dan kirai roti jala cara lembut.

  1. Campurkan dan Blend tepung gandum, telur, susu segar, garam, dan pewarna kuning hingga sebati.
  2. Gunakan acuan plastik, masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan, kalau tidak putus-putus bermakna acuan sudah sebati.
  3. Kini anda sudah boleh anda menjala di atas kuali panas.
  4. Gunakan kuali non stick jika ada, yang mahal kita beli tu. ( kalau ada duit lebih boleh beli dan guna “pan” yang flat macam goreng burger tu)
  5. Tambahkan sedikit air kalau pekat.
  6. Selepas jala di atas kuali, biarkan beberapa saat hingga masak.
  7. Jika dah masak (warna ke-emasan), tidak payah dibalik, angkat dan gulung ikut citarasa.

 

Tips yang paling penting ialah, sebelum mula kirai atau proses menjala, pastikan adunan sebati dan turun dari corong acuan dengan lancar. Jika terlalu pekat sila tambah air dan kacau sebati. Pastikan ianya bukan menitis satu-satu (drop). Ia mesti bersambung dan terus menerus.

Roti jala ni memang sesuai untuk sarapan pagi anak-anak dan juga buat minum petang di hujung minggu. Kalau musim perayaan ini dah di kira sebagai hidangan wajib. Selamat mencuba ya tuan puan.