+60178866002 sales@hajihalim.com

Tips ekstra memasak kari

Kuantiti minyak – Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat 2 sudu sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyak ketika anda masukkan santan. Minyak akan banyak bukan sahaja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Halba – Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan.Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang hebat.

Kacau sentiasa – Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.

Asam jawa dan santan – Pastikan santan digaul dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang kedalam tumisan rempah yang sudah naik minyak. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.

Cara melembutkan ayam kampung

Cara melembutkan ayam kampung

Lada Hitam

  • Tumbuk 1 sudu teh lada hitam bersama 1/2 inci halia tua. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam pencen dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.
  • Tempurung kelapa
  • Semasa merebus ayam pencen, masukkan beberapa kepingan kecil tempurung kelapa. Anda akan mendapati ayam akan lebih cepat empuk.

Tebu

  • Masukkan satu ruas keratan tebu ke dalam periuk berisi ayam yang hendak dimasak. Biarkan ia merenih bersama. Pasti isi ayam akan cepat empuk.
  • Air Kelapa Muda
  • Rebus ayam menggunakan air kelapa muda. Bila sudah empuyk, toskan airnya. Selain menjadi lembut, isi ayam juga lebih enak.

Isi Nanas

  • Kisar buah nanas dan lumurkan pada ayam pencen hingga rata. Perap selama satu jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa. Jumlah buah nanas yang digunakan bebrgantung kepada saiz dan jumlah ayam yang hendak dimasak.

Biji Selasih

  • Masukkan satu sudu makan biji selasih ke dalam kain dan masukkan ke dalam periuk berisi ayam yang sedang anda masak. Pasti ayam akan cepat empuk.

PETUA GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP, MELEKAT, ATAU HANCUR ISINYA

PETUA GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP, MELEKAT, ATAU HANCUR ISINYA

CUCI IKAN DENGAN CERMAT SEBELUM DIGORENG

  1. i) Limau nipis – Gunakan sedikit limau nipis bersama sedikit garam halus.
  2. ii) Tepung Gandum – Cuci ikan dengan tepung gandum. Elok juga kalau dapat perapkan ikan dengan tepung gandum selama lebih kurang 15 minit.

Selain mengurangkan lendirnya, bau hanyir juga dapat dibuang dengan lebih berkesan melalui 2 kaedah di atas.

 

PERAP DENGAN ASAM JAWA

Telur ikan

Telur ikan

Telur ikan enak disajikan dalam pelbagai cara masakan sama ada digoreng, dimasak kari, digulai atau sebagainya. Namun, semasa dimasak, harus dipastikan telur ikan tersebut tidak pecah kerana ia akan menjejaskan tekstur kuah dan hidangan menjadi kurang enak. Antara petua yang boleh dicuba bagi memastikan telur ikan yang dimasak tidak hancur adalah:

 

  1. Semasa membersihkan telur ikan, elakkan membuang uratnya kerana ia akan menjadikan telur ikan mudah hancur semasa dimasak.
  2. Jangan potong telur ikan semasa masih mentah. Sebaiknya, rebus seketika dan barulah dimasak mengikut citarasa anda.
  3. Untuk menyediakan hidangan telur ikan goreng, masukkan telur ke dalam plastik dan celupkan di dalam air panas selama 5 minit. Keluarkan dan goreng seperti biasa.
  4. Bersihkan telur ikan dan rendam di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa.

Cara melembutkan daging (Biji kurma)

Cara melembutkan daging (Biji kurma)

Biji kurma selalu dibuang begitu sahaja, padahal boleh guna untuk mengempukkan daging. Oleh itu, pada musim hari raya korban ini simpanlah biji kurma ini untuk kegunaaan mengempukkan daging. Caranya ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup. Masa hidangan jangan lupa pula keluarkan biji tersebut. Nanti ada yang menjangka biji kacang pula.