+60178866002 sales@hajihalim.com
RESEPI STEW DAGING

RESEPI STEW DAGING

SUMBER : RASA/KARANGKRAF

BAHAN – BAHAN

250gm daging dipotong dadu
2 sudu teh bawang merah cincang
1 biji lobak merah dipotong dadu
1 batang seleri dipotong dadu
1.25 liter brown stock

2 helai daun salam

2 sudu makan minyak zaitun
 Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah cincang, lobak merah dan seleri. Kacau berterusan sehingga bahan menjadi lembut dan kuning keemasan selama lapan hingga 10 minit.

2. Kemudian masukkan brown stock dan daun salam. Masak sehingga mendidih.

3. Apabila telah mendidih, masukkan daging yang dipotong dadu dan didihkan sehingga daging lembut. Perlahan api.

4. Akhir sekali, rasakan secukupnya

5. Sedia untuk dinikmati

    SPAGHETTI CARBONARA

    SPAGHETTI CARBONARA

    BAHAN – BAHAN

     

    2 sdk minyak zaiton

    200g sausage dihiris nipis

    3 biji cendawan butang dihiris nipis

    3 ulas bawang putih diketuk

    2 biji kuning telur

    1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh

    75 g keju pamesan yang diparut

    CARA – CARA MEMASAK

    1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya 

    2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah 
    secukup rasa. 

    3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi. 

    4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam 

    AYAM GORENG POPCORN

    AYAM GORENG POPCORN

    AZLAN RUMIDI

    BAHAN – BAHAN

    500 gm dada ayam | dipotong dadu
    2 ulas bawang putih| dikisar
    ½ sudu teh garam
    ¼ sudu the serbuk lada hitam
    ½ cawan tepung
    2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar
    ¼ sudu teh paprika
    ¼ sudu teh serbuk lada sulah
    ¼ cawan mentega
    2 biji telur | dipukul
    3 cawan minyak masak
     

     

    CARA – CARA MEMBUATNYA

    1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.

      2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.

      3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.

      4. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.

      5. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.

      6. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.

      7. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

    CHICKEN PIE

    CHICKEN PIE

    AZLAN RUMADI

    BAHAN-BAHAN

    • 2 cawan dada ayam, di potong cube
    • 1 cawan kentang di dadu
    • 1 cawan lobak merah di dadu
    • 1 cawan bawang di dadu
    • 1 cawan kacang pis **admin tambah cendawan juga
    • 2 keping instant puff/ pastry 
    • 2 sudu kecil. bawang putih yang dicincang
    • 1 cawan keju
    • 1 sudu kecil. garam
    • 1 sudu kecil. lada hitam
    • ½ tsp. Lada cayenne
    • 4 sudu besar. mentega
    • 4 sudu besar. tepung serba guna
    • 2 cawan stok ayam
    • 3 sudu besar. Krim
    • 1 biji telur

    CARA-CARA MEMBUATNYA

    1. Dalam periuk sederhana, cairkan mentega, masukkan tepung dan stok ayam selama 8 minit, pada api sederhana.

    2. Masukkan garam, lada hitam, dan lada cayenne, krim dan kacau.

    3. Seterusnya, masukkan ayam, kentang, lobak, bawang, bawang putih, dan masak selama 3 minit.

    4. Pindahkan ke dalam mangkuk sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

    5. Gunakan tepung untuk elak kan pastry melekat..

    6. Gunakan piring, potong empat pekeliling yang lebih besar daripada hidangan dari pastri puff.

    7. Sendukkan inti ke dalam bekas membakar dan taburkan keju di atas.

    8. Letakkan kepingan pastri di atas bekas pembakar dan tutup dengan pastry..

    9. Sapu bahagian atas dengan telur

    10. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada 400F sehingga pastri berwarna coklat keemasan.

    NATA DE COCO YOGURT MUFFIN

    NATA DE COCO YOGURT MUFFIN

    Bahan-bahan diperlukan:

    • 200g tepung
    • 1.5 sudu kecil baking powder
    • 1 biji telur
    • 120g mentega
    • secubit garam
    • 160g gula halus
    • 50cc susu segar
    • 160g nata de coco yogurt

    Cara menyediakan dan memasak:

    1. Telur dan mentega biarkan pada suhu bilik
    2. Ayak tepung, garam dan baking powder
    3. Naikkan suhu oven ke 180C
    4. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
    5. Masukkan telur dan pukul lagi
    6. Masukkan susu dan yogurt. Kacau.
    7. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati
    8. Masukkan dalam muffin cup. Bakar selama 20-25 minit