+60178866002 sales@hajihalim.com
Cara melembutkan ayam kampung

Cara melembutkan ayam kampung

Lada Hitam

  • Tumbuk 1 sudu teh lada hitam bersama 1/2 inci halia tua. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam pencen dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.
  • Tempurung kelapa
  • Semasa merebus ayam pencen, masukkan beberapa kepingan kecil tempurung kelapa. Anda akan mendapati ayam akan lebih cepat empuk.

Tebu

  • Masukkan satu ruas keratan tebu ke dalam periuk berisi ayam yang hendak dimasak. Biarkan ia merenih bersama. Pasti isi ayam akan cepat empuk.
  • Air Kelapa Muda
  • Rebus ayam menggunakan air kelapa muda. Bila sudah empuyk, toskan airnya. Selain menjadi lembut, isi ayam juga lebih enak.

Isi Nanas

  • Kisar buah nanas dan lumurkan pada ayam pencen hingga rata. Perap selama satu jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa. Jumlah buah nanas yang digunakan bebrgantung kepada saiz dan jumlah ayam yang hendak dimasak.

Biji Selasih

  • Masukkan satu sudu makan biji selasih ke dalam kain dan masukkan ke dalam periuk berisi ayam yang sedang anda masak. Pasti ayam akan cepat empuk.

Cara melembutkan daging (Biji kurma)

Cara melembutkan daging (Biji kurma)

Biji kurma selalu dibuang begitu sahaja, padahal boleh guna untuk mengempukkan daging. Oleh itu, pada musim hari raya korban ini simpanlah biji kurma ini untuk kegunaaan mengempukkan daging. Caranya ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup. Masa hidangan jangan lupa pula keluarkan biji tersebut. Nanti ada yang menjangka biji kacang pula.

Daun nangka

Daun nangka

Daun nangka juga adalah bahan yang boleh digunakan untuk melembutkan daging. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Masukkan daun nangka kedalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

Tips dekorasi dapur sempit

Tips dekorasi dapur sempit

Keluasan Dapur

Bagi yang mempunyai ruang dapur sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur. Perkara asas yang perlu anda tahu adalah keluasan dapur. Ianya penting untuk anda sebelum membuat sebarang susun atur kabinet dapur dan peralatan. Mulakan dengan membuat lakaran dan cuba aturkan dengan pelbagai cara sehinggalah anda mendapat susunan yang terbaik.

 

Peralatan Di Dapur

Sudah tentu yang wajib ada di ruang dapur adalah dapur untuk memasak. Singki untuk mencuci dan peti sejuk. Tambahan, kabinet dapur dan set kerusi meja. Ini adalah asas bagi sebuah dapur. Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak. Pemilihan peralatan pula mestilah mengikut keluasan dapur anda agar dekorasi ruang dapur tidak berlebihan.

 

Pemilihan Warna & Material

Tile adalah pilihan terbaik tetapi untuk lantai pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur. Pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci.

Pemilihan warna pula sebaik-baiknya warna yang mampu menyembunyikan kotoran. Namun ianya bukanlah satu kemestian. Warna terang dan garang juga menjadi pilihan yang mampu menyerlahkan suasana ruang dapur anda

 

Pencahayaan & Pengudaraan

Cahaya cukup penting bagi ruang dapur. Pastikan lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangi tempat kerja anda. Kreativiti anda dalam memilih lampu dan susun aturnya juga dapat menyerlahkan ruang dapur anda menjadi tampak luas dan kemas.

Sistem pengudaraan pula amat penting agar angin, haba dan bau dapat bergerak. Jika anda ada penyedut minyak mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, pastikan dapur anda mempunyai tingkap atau ruang udara untuk sistem pengudaraan bergerak lancar

 

Perhiasan Di Dapur

Jangan biarkan dapur anda kelihatan suram dan tidak menarik. Hiasilah dapur anda. Gunakan kreativiti untuk mencantikkan dekorasi ruang dapur idaman anda. Ceriakan dapur dengan idea dan kreativiti anda tapi jangan terlalu berlebihan kerana ianya akan menyesakkan.

 

Keselamatan Dapur

Di dapur adalah tempat dimana kemalangan amat mudah berlaku. Kecuaian akan mendatangkan padah. Oleh itu dekorasi ruang dapur anda mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Kedudukan peralatan memainkan peranan kerana kurang bergerak untuk mencapainya akan mengurangkan risiko kemalangan. Utamakan keselamatan dalam melakukan kreativiti dekorasi agar risiko kemalangan dapat dielakkan ketika anda berada di ruang dapur.

Tips ekstra sotong

Tips ekstra sotong

  1. Jika sotong digunakan didalam resipi salad, pastikan sotong hanya dimasukkan kedalam air yang mendidih selama 2 minit. Kemudian toskan dan terus masukkan kedalam air sejuk supaya sotong tidak liat.
  2. Jika ingin menggoreng sotong, pastikan digoreng dengan minyak yang banyak.
  3. Rendam sotong yang telah dibersihkan dengan air bercampur cuka selama 5 minit sebelum dimasak dan anda akan dapat mengelak sotong menjadi kecut.