+60178866002 sales@hajihalim.com

Tips ekstra memasak kari

Kuantiti minyak – Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat 2 sudu sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyak ketika anda masukkan santan. Minyak akan banyak bukan sahaja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Halba – Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan.Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang hebat.

Kacau sentiasa – Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.

Asam jawa dan santan – Pastikan santan digaul dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang kedalam tumisan rempah yang sudah naik minyak. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.

PETUA GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP, MELEKAT, ATAU HANCUR ISINYA

PETUA GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP, MELEKAT, ATAU HANCUR ISINYA

CUCI IKAN DENGAN CERMAT SEBELUM DIGORENG

  1. i) Limau nipis – Gunakan sedikit limau nipis bersama sedikit garam halus.
  2. ii) Tepung Gandum – Cuci ikan dengan tepung gandum. Elok juga kalau dapat perapkan ikan dengan tepung gandum selama lebih kurang 15 minit.

Selain mengurangkan lendirnya, bau hanyir juga dapat dibuang dengan lebih berkesan melalui 2 kaedah di atas.

 

PERAP DENGAN ASAM JAWA

Telur ikan

Telur ikan

Telur ikan enak disajikan dalam pelbagai cara masakan sama ada digoreng, dimasak kari, digulai atau sebagainya. Namun, semasa dimasak, harus dipastikan telur ikan tersebut tidak pecah kerana ia akan menjejaskan tekstur kuah dan hidangan menjadi kurang enak. Antara petua yang boleh dicuba bagi memastikan telur ikan yang dimasak tidak hancur adalah:

 

  1. Semasa membersihkan telur ikan, elakkan membuang uratnya kerana ia akan menjadikan telur ikan mudah hancur semasa dimasak.
  2. Jangan potong telur ikan semasa masih mentah. Sebaiknya, rebus seketika dan barulah dimasak mengikut citarasa anda.
  3. Untuk menyediakan hidangan telur ikan goreng, masukkan telur ke dalam plastik dan celupkan di dalam air panas selama 5 minit. Keluarkan dan goreng seperti biasa.
  4. Bersihkan telur ikan dan rendam di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa.

7 TIPS MASAK NASI GORENG YANG LEBIH ‘POWER’ DI RUMAH

7 TIPS MASAK NASI GORENG YANG LEBIH ‘POWER’ DI RUMAH

  • GUNA NASI SEJUK / KERING
  • TUMIS DENGAN API BESAR – Seterusnya, kena pastikan kuali betul-betul panas sebelum memasak. Seeloknya tumis perencah seperti bawang, bilis, dan cili menggunakan api besar. Tunggu hingga garing, tapi awas, jangan pula sampai hangus ya!
  • RENJISKAN MINYAK BIJAN – Selain untuk menambahkan aroma, ibu-ibu percaya minyak bijan ini boleh mengelakkan nasi daripada menjadi keras.
  • CARA MASUKKAN TELUR

Daging yang berubah warna

Daging yang berubah warna

Anda masih boleh memproses daging ini walaupun ia berubah warna. Daging sebenarnya masih baik untuk dimakan selagi anda menyimpannya di dalam peti sejuk, selagi ia tidak berbau busuk atau berlendir.