+60178866002 sales@hajihalim.com

Rumput Cina

berkhasiat untuk mencuci buah pinggang dan mencuci darah.  tumbuhan ini juga dikatakan boleh mengeluarkan angin dari dalam badan dan juga boleh mencairkan darah beku. Satu lagi sumber menyatakan bahawa berdasarkan buku Chinese Medical Herbs of Hong Kong, Jilid 6, halaman 160, keseluruhan tumbuhan ini digunakan. Tumbuhan ini manis, menyejukkan, mempunyai ciri anti-inflamatory dan mencairkan kahak. Tiga kegunaan perubatannya:

a. Tuberculous lymphadenopathy
b. Dysuria
c. Untuk kegunaan luaran furuncles 

Tumbuhan ini juga dikatakan dapat menyejukkan badan. Caranya: Rebus lima tumbuhan ini dengan air sebanyak 3 cawan. Masukkan sesudu besar gula perang. Biarkan menggelegak sehingga tinggal secawan sahaja.  

Di Thailand, tumbuhan ini digunakan untuk merawat kanser tekak, hati, rahim, ileum, kulit dan sebagainya. Caranya: Ambil enam tumbuhan ini dan gunakan pengisar untuk menghancurkannya setelah dicampur dengan 4 sudu besar air, tapis, minum sebelum makan pagi dan sebelum tidur.

%d bloggers like this: