+60178866002 sales@hajihalim.com

Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi membuang bijinya dan rebus seketika. Apabila sudah direbus cili tersebut, toskan selama 20 minit. Kemudian gorengkan cili kering di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit. Jangan terlalu garing. Apabila sejuk, mesinkan cili bersama minyak yang digoreng tadi, dan simpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3 minggu. Jika anda ingin menumis sebarang sambal, ia tidak memerlukan minyak dan masa yang banyak.

%d bloggers like this: