+60178866002 sales@hajihalim.com

Kuantiti minyak – Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat 2 sudu sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyak ketika anda masukkan santan. Minyak akan banyak bukan sahaja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Halba – Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan.Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang hebat.

Kacau sentiasa – Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.

Asam jawa dan santan – Pastikan santan digaul dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang kedalam tumisan rempah yang sudah naik minyak. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.

%d bloggers like this: