
Tips-Tips Dapur dan Petua Memasak

Memasak Ketupat

Semasa merebus ketupat, tutup periuk dan letakkan pemberat pada penutup periuk berkenaan. Ini untuk mengelakkan ketupat daripada terapung di permukaan. Perhatikan selalu air rebusan ketupat, tambahkan jika air mulai berkurangan. Tambahkan dengan air panas. Tukarkan ketupat di bahagian atas dengan bahagian bawah dan sebaliknya, sehingga ketupat selalu terendam dalam air rebusan dan masak dengan sempura. Ketupat akan jadi padat, sedap dan lembut isinya.


AIR LADA

Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.


Petua Memasak Tanpa Menyebabkan Santan Pecah Minyak

Memasak hidangan menggunakan santan sememangnya memerlukan perhatian yang sedikit lebih. Ini kerana, jika tersalah percaturan, kuah santan yang dimasak akan menjadi pecah minyak dan menjejaskan rasanya. Ada cara mudah untuk mengatasi masalah ini.


Tauge tahan lama

Rendam tauge dalam bekas berisi air dan perahan limau nipis lalu disimpan didalam peti sejuk. Ini akan membuat tauge kekal segar lebih lama.


Telur rebus yang cantik

Nak rebus telur untuk nasi lemak…tapi telur kuning tu jadi warna kelabu kat luar nya…tak cantik…pastu telur kuning dok kat tepi…
Senang je tu dek oi…macam ni…rebus air sampai mengelegak…masukkan telur dan kacau air tu masa tengah masak…lepastu masak dalam 12 minit…pasti telur kuning nye cantik dan dok berada kat tengah tu…try yea…


Tips Lembutkan Perut Lembu

- Sudu Besi – Rebuskan perut bersama dengan sudu besi dan boleh terus memasak seperti biasa walaupun sudu berada bersama.
- Sudu Kaca – Rebuskan perut bersama dengan sudu kaca dan boleh teruskan memasak mengikut resepi yang anda inginkan tanpa perlu mengeluarkan sudu kaca.
- Betik Muda – Rebuskan perut bersama dengan betik muda, apabila perut sudah lembut, Toskan air dan masak seperti biasa.
- Daun Nangka – Rebuskan perut bersama dengan daun nangka, pastikan daun dicuci betul-betul bersih sebelum direbuskan. Apabila perut sudah empuk. Toskan air rebusan dan bolehlah terus memasak mengikut resepi yang diinginkan.
- Beras – Rebus beras bersama dengan perut. Tunggu sehingga perut menjadi benar-benar lembut dan empuk. Buangkan sisa nasi yang melekat. Kemudian bolehlah terus memasak tanpa perlu membasuh perut lembu semula.
- Ais Batu – Cuci dan bersihkan perut terlebih dahulu.Rendamkan perut ke dalam ais batu kemudian biarkan selama setengah jam. Toskan air batu. Perut lembu sedia untuk dimasak.
- Akar Daun Pandan – Bersihkan akar daun pandan dan buangkan tanah yang melekat disekelilingnya. Rebus perut lembu bersama dengan akar pandan terbabit. Apabila sudah empuk, toskan air rebusan tadi. Kemudian bolehlah memasak seperti biasa.
- Halia – Tumbuk halia dan gaulkan dengan garam. Kemudian sapukan bahan ini ke perut lembu dan perapkan selama setengah jam. Cuci dan siap untuk dimasak.
- Air Kelapa – Rebus perut bersama dengan secawan air kelapa muda. Selepas lembut bolehlah masak seperti biasa.
- Cuka Makanan – Selalunya cara ini digunakan jika memasak dalam jumlah yang banyak seperti 3 kilo dan keatas. Untuk setiap 3 kilo, tambahkan setengah cawan cuka dalam masakan. Jangan risau, perut tidak akan menjadi masam kerana cuka tersebut asalkan tidak dimasukkan secara berlebihan.


Kek yang membukit

Saya buat kek, tapi kek saya tu dah macam letusan gunung berapi…membukit nau…
hahahahaha, ini pasti temperature dalam oven terlalu tinggi…kalau buat kek hanya guna 170c or 180c, nengok betul betul resepinya…mungkin juga baking powder atau tepung sudah terlebih…itu yang membukit..


Tips minyak masak

1.Pastikan minyak masak yang telah dikenal pasti rosak atau tidak digunakan lagi.
2.Pastikan minyak masak yang telah digunakan berulang kali disejukkan sebelum dibuang.
3.Minyak masak yang akan dibuang hendaklah dikumpul dalam bekas yang tertutup bagi pembuangan melalui sistem sampah atau sistem pengutipan minyak masak.
4.Elak pembuangan minyak masak kedalam sinki dan longkang kerana ia akan menjejaskan sistem paip.


elakkan lidi sate anda terbakar

Ups…lidi sate ni sudah terbakar…patah sudaaaa….
Kalau nak menggunakan lidi sate dalam masakan seperti sate, kebab atau pun sejenis dengan nya…dan hendak dibakar…kamu semua bolehlah merendam dulu lidi tersebut di dalam air selama 30 minit untuk mengelakan lidi ni terbakar.


Tips minuman

Jenama sirap berbeza mungkin mempunyai nisbah sirap kepada air yang berbeza. Kami cadang anda mengikut nisbah yang dicatit di atas label botol sirap anda.
Jangan tambah air pada minuman untuk mengurangkan kemanisannya. Ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan rasa manis minuman.
Elakkan menambah ais kepada minuman kerana air soya yang berair tidak sedap sangat.
Jangan guna susu soya berkotak. Pergi ke pasar atau trak makanan air soya berdekatan anda untuk mendapatkan bekalan segar air soya tanpa gula.
Bagi rasa gas yang lebih, guna air soda dalam tin dan bukan air gas dalam botol.


Fresh oren

haaaaa…nak buat fresh orange sedap tak? letak sedikit garam dalam fresh orange tersebut…dan rasa nya akan menjadi masam lemak manis masin…hehehehehe semua rasa ada…yummy! cubalah…


Hilang miang batang keladi

Miang batang keladi yang telah dimasak masih dapat kita rasa di tekak, ini akan menyekat selera makan. Jadi pastikan anda membuang semua kulit keladi sehingga tiada yang tersisa. Kemudian rebus sehingga lima minit. Tos dan cuci semula batang keladi itu.


TELUR DADAR GEBU

Cara paling mudah mendapatkan telur dadar yang gebu adalah dengan meletakkan sedikit air (lebih kurang 1 sudu) ke dalam telur yang dipecahkan. Kemudian pukul telur sampai berbuih dan gorengkan seperti biasa. Pastikan minyak dalam kuali dah betul-betul panas.
Selain itu, boleh juga letakkan sedikit mayonis dan tutupkan sebentar kuali sementara ia masak dan kembang. Memang gebu gebas!


Cucur udang yang enak

Cucur udang merupakan makanan yang digemari ketika minum petang. Lebih lebih lagi ketika dihidangkan bersama secawan teh. Untuk menjadikan cucur menjadi enak dan lembut,kisar beberapa keping tauhu dan masukkan kedalam adunan tepung untuk cucur. Masukkan sedikit garam dan perasa. Gaul hingga sebati. Masukkan air masak yang tidak terlalu panas dan goreng hingga kekuningan.


Sotong tidak menjadi kecil saat digoreng.

Sotong adalah sejenis makanan laut yang enak dimakan samaada goreng ataupun masak lemak dan sambal. Kebiasaanya sotong sotong akan menjadi kecil ketika dimasak dan bagi mengelakkan masalah ini, rendam sotong kedalam air bercampur cuka selama 2 minit. Hasilnya sotong yang dimasak akan nampak segar.


Secubit garam dalam menanak nasi

Beras yang tidak dicuci dengan bersih cenderung untuk basi lebih cepat. Namun bukan hanya cara dibersihkan, faktor lain seperti jenis beras itu sendiri turut menjadi faktor utama nasi cepat basi. Namun pasti ada cara untuk mengatasi masalah ini. Garam yang mudah didapati dirumah sebenarnya bahan paling mudah untuk mengatasi masalah ini. Masukkan secubit garam dalam nasi dan biarkan masak seperti biasa. Lihat sendiri hasilnya.


TELUR DADAR LEMBUT & LEMAK

-
Bagi yang suka telur dadar jenis lembut dan lemak, gorengkan telur dadar menggunakan mentega atau marjerin. Campurkan sedikit susu segar ke dalam telur yang dipecahkan. Nak lagi sedap, tambahkan sedikit parutan keju. Aromanya pasti cukup memikat.


Kegunaan beras selain untuk dibuat nasi

-
Ambil dua genggam beras, kemudian digoreng tanpa minyak hingga hitam. Kemudian rendam dengan secawan air. Minum air tersebut sehingga suku gelas. InsyaAllah cirit birit akan berkurang.
.


Cara untuk menghilangkan hanyir ikan pada tangan

Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan. Selain halia, ubat gigi juga boleh digunakan dengan melumurkan pada tangan. Kemudian dibilas. Selain itu air asam jawa boleh digunakan juga.


Masak tempoyak lebih sedap dengan petua ini

Ikan patin dibasuh dengan cuka dan ditoskan. Tumbukkan kunyit hidup, cili api, bawang merah, bawang putih dan garam. Perapkan bahan tumbuk dan daun kesom bersama ikan patin selama 15 minit, masukkan tempoyak, ikan, air dan barulah dimasak.
