Daun mint

Menggunakan daun mint

Daun mint merupakan salah satu bahan tradisional yang memiliki khasiat untuk kecantikan secara semula jadi, serta melindungi kulit dari sinaran matahari secara langsung.

Caranya yaitu :
Tumbuk daun mint sehingga halus, Kemudian maskerkan pada kulit anda secara merata. Tunggu selama 30 minit, Kemudian bersihkan sehingga bersih.Amalkan setiap hari sebelum tidur.

 

KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN

Bahan-Bahan

  • 1 kepala ikan merah atau ikan jenahak, dibersihkan
  • 4 batang kacang bendi
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 1/2 sudu besar halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 3 sudubesar serbuk kari ikan dibancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 cawan air asam jawa

Cara Penyajian

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  3. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  4. Kemudian masukkan ikan, kacang bendi dan daun kari. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
  6. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.

KUEH LAPIS NYONYA

Bahan-bahan diperlukan:

  • 100 g tepung beras*
  • 100 g tepung sagu* (*disatukan dan diayak)
  • 200 g gula pasir
  • 250 ml air
  • 360 ml santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masak gula bersama air dan 2 helai daun pandan. Biar hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan pengacau, kacau tepung bersama santan sehingga rata, masukkan air gula tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan. 
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Warnakan satu dengan warna hijau, satu lagi warna merah dan biarkan satu lagi warna asal (putih). 
  4. Panaskan kukusan, masukkan baki 1 helai daun pandan tadi ke dalam air kukusan. Sapu tin kek dengan sedikit marjerin pada dasar dan tepi. Panaskan tin dalam kukusan terlebih dahulu (lebih kurang 5 minit).
  5. Bahagi adunan putih kepada dua bahagian yang sama banyak. Tuang adunan putih ke dalam tin yang telah dipanaskan tadi (tanpa mengeluarkan tin dari kukusan). Tutup dan kukus 5 minit dengan api besar. Kemudian buat kaedah sama untuk warna hijau, kukus 5 minit lagi dan kemudian sama juga untuk warna merah. Resipi ini akan menghasilkan 6 lapisan iaitu putih, hijau, merah, putih, hijau dan merah (akhir). Untuk lapisan terakhir (merah) kukus 10 minit. Tujuan untuk menerbitkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat. Bila masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong. Selamat mencuba…. 

MAEUN DAKBAL “CEKER PEDAS ALA KOREA”

Bahan-bahan

  1. 10 biji ceker ayam. Bersihkan
  2. 1 sdm saos tiram
  3. 1 sdm saos tomat
  4. 1 sdm saos sambal
  5. 1 sdm cabe bubuk (sy boncabe)
  6. 50 ml air
  7. Secukupnya garam. Gula dan kaldu bubuk
  8. Bumbu halus 👇
  9. 5 siung bawang merah
  10. 2 siung bawang putih
  11. 10 biji cabe rawit merah
  12. 3 biji cabe merah keriting
  13. 2 cm jahe

Langkah

  1. Rebus ceker sampai benar2 empuk. Angkat. Tiriskan
  2. Tumis bumbu halus sampai harum dan matang. Kemudian masukkan saos2. Garam. Gula. Dan kaldu bubuk. Aduk rata. Masukkan ceker. Air dan cabe bubuk. Masak dgn api kecil sampai bumbu mengental. Angkat. Jangan lupa koreksi rasa ya.
  3. Sajikan dgn taburan wijen

 

KARI TELUR TANPA SANTAN

KARI TELUR TANPA SANTAN 

Bahan-bahan

  • 5 biji telur – rebus dan belah 2
  • 3 biji ubi kentang – belah 4
  • 3 s/b rempah kari ayam – bancuh dgn sdkt air
  • 2s/b cili mesin
  • 2 s/b air asam jawa
  • 1 inci halia – tumbuk
  • 4 ulas bwg merah – tumbuk
  • 2 ulas bwg pth – tumbuk
  • Sdkt air
  • Garam dan gula
  • Minyak masak

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah kari, bhn2 tumbuk dan cili mesin hingga naik bau.
  2. Masukkan sedkit air asam jawa dan biarkan ia agak kering sdkt.
  3. Masukkan pula air secukupnya dan ubi kentang.
  4. Bila ubi dah hampir empuk, masukkan telur yang sudah direbus tadi.
  5. Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  6. Masak hingga semuanya sebati dan blehlah diangkat..

Klik Link untuk beli dari Shopee :

1. Rempah kari ayam > https://shope.ee/7zeMUTdcCm

2. Asam Jawa > https://shope.ee/VYLYk9QKe 

3. Cili Mesin > https://shope.ee/7A5FV8tOxk

4. Minyak Masak > https://shope.ee/1fkIx7CJtt