Tips buah kelapa muda

Apabila musim panas terik,tekak akan berasa dahaga dan bibir pecah pecah. Bahayanya jika sakit ini menyerang kepala. Kepanasan dalam badan boleh diatasi dengan mengambil khasiat buah kelapa muda.

Caranya : Sebiji kelapa muda yang masih hijau dan diambil bersama sebiji telur ayam kampung. Campurkan kedua duanya dan kacau, kemudian minumlah ketika sinar matahari sedang terik.Kepanasan badan akan berkurang

 

Manakala untuk masalah kencing tidak lawas, buah kelapa muda juga boleh dijaikan penawar

Caranya : Ambil sebiji kelapa muda dan tebuk untuk diminum.Sebelum meminumnya, bacalah Bismillah dan selawat sebanyak tiga kali sekadar nafas. Jika tidak berkesan anda dipercayai memiliki penyakit batu karang atau sakit buah pinggang.

Tips apabila memakan buah durian

 

Biasanya selepas anda menikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual,pening atau mabuk. Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian anada tadi dan curahkan sedikit air didalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. InsyaAllah semuanya beres dan masalah selesai.

Tips selepas kutleri selepas makan

Biasa nya direstoran mewah, hotel atau pun restoran 5bintang terdapat banyak tanda tanda anda selepas makan yang digunakan. Yang paling biasa ialah kedudukan sudu dan garfu atau pisau yang menandakan anda suka atau tidak suka dengan rasa masakan atau servis restoran tersebut.

Tips di restoran mewah

Apabila anda memasuki restoran restoran mewah,kutleri diatas meja juga amatlah kemas dan teratur. Oleh itu ,anda haruslah tahu kedudukan alat kutleri yang disusun agar tidak disalah guna.

PEMADAM API

Setiap rumah mesti mempunyai pemadam api, terutamanya diletakkan didapur. Pemadam api boleh didapati dengan agen agen penjual alat pemadam kebakaran atau pun market market yang ada menjualnya. Ini dapat mengawal api yang masih kecil.