bahan

1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk cili

Goreng tanpa minyak sehingga garing.

10 ulas bawang putih
20 ulas bwang merah
2 inci halia
10 biji kurma

Giling halus (err…resipi tok ni, tak habis-habis dengan giling.  Kira kisar dengan blender jer la zaman sekarang ni kot), dan gaul dengan rempah yang digoreng di atas.

Gaulkan dengan 3/4 cawan cuka.
1 1/2 cawan minyak
Garam dan gula secukup rasa.
Buah-buahan kering secukupnya.  Sekarang kan banyak pilihan buah-buahan kering ni.
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1′ halia

ARAHAN

  1. Mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak.  Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan bancuhan rempah-rempah dan cuka tadi.
  4. Bila garing, masukkan 2-3 cawan air, garam dan gula.
  5. Kacau sebati dan masukkan buah-buahan kering tadi.
  6. Gaul rata, reneh sehingga kuah pekat.
  7. Angkat dan sejukkan.
%d bloggers like this: