Ara Tanah
Nama saitifinnya Euphorbia hirta. Nama tempatan lain rumput dari keluarga EUPHORBIACEAE ini ialah Rumput Susu Kambing, Gelang Susu, Patikan Kebo, Keremak Susu, Asthma weed (English), Hairy Spurge, Cats hair, Fei-yang ts’ao. Nama saintifiknya ialah Euphorbia hirta. Tapi ada juga yang mengatakan namanya Euphorbia capitata Wall. Rumput ini sangat mudah dikenali berdasarkan daunnya yang berpasang-pasang dan mengeluarkan getah berwarna putih yang BERACUN seperti dalam gambar.
Rumput ini sangat popular sebagai ubat tradisional bagi merawat pesakit asma/ lelah, masalah paru-paru. Ia kaya dengan berbagai kandungan kimia yang seperti myricyl alkohol, taraxerol, friedlin, beta amyrin, euforbol, triterperoid,eufol, tirukalol, eufosterol dan lain-lain. Tumbuhan ini dalam farmakologi Cina dikatakan mempunyai rasa agak pahit dan masam dan sedikit sejuk (bertoksin). Ia bersifat anti-inflamasi, diuretik (peluruh kencing) dan anti-piretik. Kesan perubatannya boleh didapati dengan penggunaan seluruh tanaman, segar atau dikeringkan. Penggunaan herba memerlukan pengawasan dan nasihat daripada pengamal herba yang telah biasa menggunakan dengan tumbuhan ini. Kesan sampingan atau keracunan dari herba ini mengakibatkan cirit-birit. Oleh itu, sekiranya mengalami gejala ini selepas pengambilan atau untuk mengelakkan kesan sampingan, biasanya herba ini akan diolah bersama dengan kayu manis/ Liquorice (Glycyrrizha uralensis) dan Lonicera macrantha DC. Selain dari asma, herba ini turut digunakan untuk merawat radang kelenjar susu/ payudara bengkak, ekzema (Tinea pedis), melancarkan kencing, radang ginjal, buasir. Dos yang betul adalah penting dalam pengamalan ubatan herba.