Ingredients

  • 1 kg daging tetel – dihiris nipis
  • 1 genggam daun kesom
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai – dititik
  • 4 biji bendi
  • 2 biji tomato – dibelah 4
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 camca besar lada hitam
  • 1/2 inci lengkuas

Directions

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan yang dikisar halus hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kunyit ,cili kisar serta serai. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel mengecut.
  5. Kemudian,masukkan air secukupnya dan masak hingga daging tetel empuk.
  6. Masukkan pula air asam jawa, bunga kantan,bendi, tomato. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali, masukkan bahan perasa secukupnya.
  8. Sedia untuk dihidang.
%d bloggers like this: