AYAM GORENG TAUCO

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam (Potong 8, bersihkan)
  • 85g gajus panggang
  • *4 biji cili merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1cm halia
  • 3 sdb taucu (Krgkan klu taucu masin sgt)
  • 1 biji capsicum merah (Dadu)
  • 1 biji capsicum kuning (dadu)
  • 1 biji zuchini (dadu)
  • 2 tangkai daun bawang (Hiris)
  • 1 cwn daun ketumbar (hiris)
  • Minyak
  • <b>-BAHAN PERAP AYAM-</b>
  • Kicap manis
  • 2 sdb tepung jagung
  • 1 sdb gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ayam dibersihkan dan di perap dgn bahan perap selama 1-2 jam. Kisar kasar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan tauco dan ayam. Gaul rata, biar hingga ayam empuk.
  4. Masukkan capsicum dan zuchini. Gaul sebati 2-3 minit.
  5. Tutup api dan masukkan gajus, gaul lagi.
  6. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun ketumbar.
  7. Hidang dgn nasi putih. Selamat mencuba.

BIHUN GORENG

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 bungkus bihun
  • 1 cwn daging yg telah dihiris nipis
  • 1 sdb cili padi kisar (Nak pedas blh ltk lebih)
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 tangkai daun ketumbar
  • *5 biji buah keras (Boleh kurangkan)
  • 2 btg carrot (hiris nipis dan panjang)
  • 1 sdb bijan
  • 1 sdb mayonis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendam bihun dgn air panas dan toskan.
  2. Tumbuk bersama bahan yang bertanda * hingga lumat.
  3. Panaskan minyak, masukkan bijan, biar kekuningan. Tumis bahan tumbuk, kacau hingga naik minyak.
  4. Masukkan cili padi dan bawang kisar, biar garing sedikit. Kacau sebati.
  5. Masukkan daging, gaul lagi hingga sebati dan biar daging empuk.
  6. Masukkan garam secukup rasa, mayonis dan sedikit air jika perlu.
  7. Masukkan carrot, kacau rata dan masukkan bihun. Gaul hingga sebati.
  8. Goreng lagi beberapa minit hingga bihun betul-betul lembut dan sebati dgn bahan lain.
  9. Bila nak makan, perah air limau kasturi atau limau nipis. Selamat mencuba.

GINGER COOKIES

Bahan-bahan diperlukan:

  • 55gm butter
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 210gm gula halus
  • 2 3/4 sudu teh serbuk halia
  • 2 sudu teh serbuk pala
  • secubit garam
  • 165gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/4 sudu teh cream of tartar

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul butter, golden syrup n gula. masukkan tepung, soda bikarbonat, cream of tartar, garam, halia n pala.
  2. Kacau hingga jadi doh lembut. masuk dalam cling film n simpan dalam fridge selama 15-20min.
  3. keluarkan doh, bentuk bulat2 kecil n letakkan atas dulang bergris. jarakkan sedikit.
  4. bakar dalam oven yg dipanaskan dulu selama 12-14min.

LEMAK PUCUK UBI BERKUPANG

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cekak pucuk ubi
  • 2- 3 keping tempe, (dipotong menyerong setiap keping)
  • 1 cawan isi kupang
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • <b>BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS:-</b>
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 camca besar ikan bilis
  • 1 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkai, cuci dan celur hingga 3/4 lembut. Tos dan cuci dgn air sejuk, perah dan kepal kepada 3 bahagian. 
  2. Hiris pucuk ubi kepal tadi sederhana kasar. Ketepikan. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah utk santan no1. Tuang 3 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan no.2. Ketepikan. 
  3. Dalam periuk, satukan pucuk ubi, serai titik, asam gelugor, bahan2 kisar, isi kupang, tempe dan juga santan no.2 (santan cair). Tenggekkan atas dapur dan masak dgn api sederhana hingga mendidih. Masak hingga pucuk ubi lembut. 

Perasakan dgn garam, sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka). Tuang pati santan (santan no.1) dan masak menggunakan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih lebih kurang 4 – 5 minit. boleh dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin….hmmmm.

SUP SAYURAN BERKHASIAT

Bahan-bahan diperlukan:

  • 0.5 btg Lobak putih
  • 0.5 btg Lobak merah
  • 3 TBsp Kacang hijau(peas)
  • 4 btg Jagung muda(dipotong pjg)
  • 4 kpg Kobis purple
  • 4 ketul Kulat kering/apa2 kulat
  • 0.5 genggam Ikan bilis
  • Serbuk ikan bilis-secukupnya
  • Garam-secukupnya
  • 600ml Air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan & potong semua sayuran.
  2. Didihkan air dlm periuk
  3. Masukkan 2 jns lobak-slpxs 1 minit masukkan pula bahan2 yg lain.
  4. Tutup periuk & biarkan bahan2 masak.
  5. * Sayuran biar berbeza warna untuk mendapatkan khasiat yg berbeza. * Jgn masak terlalu lama utk mengekalkan khasiat sayuran. * Jika tak suka rasa ikan bilis boleh gunakan serbuk ayam apa2 brand.