PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN. TANPA RACUN! CUKA

Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.

PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN. TANPA RACUN! KAYU MANIS & CENGKIH

Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Bukan saja mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!

PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN. TANPA RACUN! SERBUK KOPI

Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.

 

Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.

Tempoyak

  1. Untuk membuat tempoyak, guna isi durian yang masih elok. Elak menggunakan durian yang hampir buruk, busuk atau kurang sedap rasanya. Nanti tempoyak juga akan menjadi kurang sedap.
  2. Pilih isi durian yang sedikit lembik. Selalunya jenis durian kampung.
  3. Tempoyak asli, hanya isi durian sahaja. Tidak perlu ditambah apa-apa bahan lain seperti garam atau asam. Hanya isi durian sahaja yang diperam.
  4. Asingkan isi daripada biji dan kumpulkan dalam penapis untuk keluarkan air durian. Tujuannya untuk tempoyak tahan lebih lama.
  5. Isi durian tak perlu dikisar atau dilenyek (sebab durian yang diguna sudah lembik). Kumpulkan, tapis dan masukkan ke dalam balang/bekas.
  6. Tempoyak tidak semestinya berwarna kuning. Durian yang berisi lembik ini kadang kala warnanya kuning pucat sahaja tapi rasanya sedap.
  7. Hati-hati jika tempoyak mempunyai warna kuning terang, ada kemungkinan dicampur pisang emas. Namun ini hanyalah kemungkinan saja ya, tidak semua penjual melakukan demikian.
  8. Tempoyak asli yang tidak dicampur apa-apa bahan akan tahan lebih lama (setahun jika disimpan dalam peti sejuk). Jika tempoyak sudah rosak atau berubah rasa dalam tempoh dua ke tiga bulan, berkemungkinan ia dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Sebaiknya dibuang.
  9. Satu lagi cara untuk pastikan tempoyak asli adalah dengan melihat ‘urat-urat’ atau serabut durian pada tempoyak. Ini menandakan isi durian tersebut tidak dikisar atau dicampur dengan bahan-bahan lain untuk ‘nampak banyak’.

AIR LADA

Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.