Resepi Roti Jala Lembut dan Mudah

Resepi Roti Jala Lembut dan Mudah

Ramai orang cakap susah nak buat roti jala ni, sebenarnya memang mudah dan ringkas, ada yang terlebih lembut dan ada yang keras dan cepat kering, ok. Kali ini kami kongsikan resepi yang ringkas dan mudah untuk tuan puan semua. in shaa allah roti jala akan lembut dan kekal segar dan sedap sepanjang hari.

Bahan-bahan

  • 3 Cawan tepung gandum ( pilihan jenama yang ikut citarasa )
  • 3 Cawan susu segar/santan ( untuk kualiti terbaik guna santan lebih )
  • 1 Biji telur ( Gred A )
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 Sudu kecil garam/gula ( ikut kesesuaian dan citarasa )
  • Sedikit pewarna kuning ( jika nak warna lain boleh guna pewarna pilihan hati

 

Cara-cara masak dan kirai roti jala cara lembut.

  1. Campurkan dan Blend tepung gandum, telur, susu segar, garam, dan pewarna kuning hingga sebati.
  2. Gunakan acuan plastik, masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan, kalau tidak putus-putus bermakna acuan sudah sebati.
  3. Kini anda sudah boleh anda menjala di atas kuali panas.
  4. Gunakan kuali non stick jika ada, yang mahal kita beli tu. ( kalau ada duit lebih boleh beli dan guna “pan” yang flat macam goreng burger tu)
  5. Tambahkan sedikit air kalau pekat.
  6. Selepas jala di atas kuali, biarkan beberapa saat hingga masak.
  7. Jika dah masak (warna ke-emasan), tidak payah dibalik, angkat dan gulung ikut citarasa.

 

Tips yang paling penting ialah, sebelum mula kirai atau proses menjala, pastikan adunan sebati dan turun dari corong acuan dengan lancar. Jika terlalu pekat sila tambah air dan kacau sebati. Pastikan ianya bukan menitis satu-satu (drop). Ia mesti bersambung dan terus menerus.

Roti jala ni memang sesuai untuk sarapan pagi anak-anak dan juga buat minum petang di hujung minggu. Kalau musim perayaan ini dah di kira sebagai hidangan wajib. Selamat mencuba ya tuan puan.

Taugeh Tahan Lama

Tauge adalah anak benih yang baru bercambah menjadi sejenis sayuran yang juga turut dikenali sebagai kecambah. Ianya sangat popular di kalangan masyarakat Melayu dan Cina. Ianya kaya dengan vitamin terutamanya vitamin C, mineral, asid amino dan protein. Taugeh boleh membuang segala kotoran dalam usus besar kerana mempunyai banyak serat dan air. Kali ini kami kongsikan bagaimana cara untuk menjadikan taugeh tahan lebih lama melalui gambar di atas. Semoga Bermanfaat.!

Bagaimana Nak Kenalpasti Kek Sudah Masak Atau Belum?

Ada sesetengah orang tidak suka memasak tapi suka buat kek. Jika kena dengan cara yang betul memang diakui kek boleh menjadi sangat sedap. Ada sesetangah kek diluar nampak masak tapi bila dimakan rasanya masih belum masak sepenuhya. Ini kerana semasa memanaskan kek di dalam ketuhar kita tidak memeriksa sepenuhnya sama ada kek sudah sepenuhnya masak ataupun belum. Gambar diatas menunjukkan cara yang boleh anda amalkan semasa membakar kek supaya anda tahu kek sudah masak ataupun belum. Semoga Bermanfaat.!

Spagethi Tidak Melekat

Masyarakat moden sekarang sangat terdedah dengan makanan barat antaranya spagethi. Sehinggakan ada yang jadikan spagethi ini sebagai menu utama ketika menghidangkan juadah hari raya. Jika kena dengan cara, hidangan spagethi sangat melazatkan. Seringkali kita lihat spagethi melekat ketika hendak memasak dan semasa hendak makan kerana tidak dimasak dengan betul-betul baik. Kali ini kami sediakan satu tips mudah untuk anda cuba supaya masakan spagethi anda menjadi lebih sedap. Semoga Bermanfaat.!

Bagaimana Nak Hilangkan Lendir Kacang Bendi?

Di Malaysia, peratus individu yang menghidap penyakit kencing manis sangat tinggi. Kacang bendi merupakan satu sayur yang sangat sesuai untuk kita amalkan untuk mengatasi masalah kencing manis. Ia mengandungi vitamin C, B6, tiamin, magnesium dan kalium yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Sesetengah orang tidak menyukai kacang bendi kerana ianya berlendir. Sebenarnya ada cara yang boleh kita gunakan untuk hilangkan lendir kacang bendi. Semoga Tips yang kami sediakan bermanfaat untuk anda.