INGREDIENTS

  • 1 ekor ayam di potong 14 – digaul bersama serbuk kunyit serbuk dan garam-digoreng 3/4 masak sahaja.
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 1 paket kecil rempah briani (ADABI)
  • 5 sudu besar madu
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 5 sudu besar tomato sos
  • 1/3 tin susu cair
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air panas

BAHAN UNTUK DIKISAR:-

  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 4 cm halia
  • 10 biji lada hijau

UNTUK HIASAN:-

  • Daun ketumbar
  • Daun pudina
  • Bawang goreng
  • Kismis (hitam atau kuning)
  • Gajus

Directions

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali.
  2. Tumiskan rempah penumis dan bahan2 yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lagi hingga pecah minyak
  4. Masukkan susu cair, tomato puri, tomato sos dan madu. kacau sebentar, setelah itu masukkan ayam yang telah digoreng.
  5. Seterusnya masukkan 1 cawan air panas, kecilkan api dan biarkan ia mereneh. Setelah itu masukkan daun ketumbar, dan daun pudina beserta bawang goreng dan garam.
  6. Setelah cukup rasa boleh lah diangkat dan ketepikan.
  7. Panas kan kuali kecil bersama sedikit minyak.
  8. Gorengkan gajus setelah kekuningan tutup api dan masukkan kismis, gaul sebentar dan masukkan kesemua bahan bersama minyak kedalam periuk lauk tadi.