Bahan

1 ekor ayam
1 camb herba kering campuran Italy (jika suka)
40 g mentega

2 labu bawang putih, dihiris atasnya
2 camb minyak zaitun
Garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan sos
2 camb sos Blackpepper }
2 camb sos cili }
2 camb sos barbeku } campuran sos (belum masak)
2 camt kicap manis }
Serbuk lada hitam secukupnya }
150 ml air }
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
50 ml susu segar
200 ml air
Sayuran campur
1 camb minyak
1 batang lobak merah
80 g cendawan tiram
100 g pis 
1 camb sos tiram
Sedikit air

Salad kentang
1 biji telur, direbus & dikupas
2 camb mayonis
3 camb sos Thousand Island 
3 biji ubi kentang, direbus & potong 
1 batang salderi, dicincang halus
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya
1. Lumur ayam dengan herba campuran, serbuk lada hitam dan garam.
2. Letak di atas tin pembakar yang dialas dengan foil. Sapukan mentega di seluruh ayam.
3. Bubuh bawang putih di sisi ayam, titiskan minyak zaitun pada bahagian atas.
4. Bakar di dalam ketuhar 200 C selama 1 hingga 1¼ jam atau hingga masak. 
5. Hendaklah menjirus ayam dengan jus (cecair) dan sedikit campuran sos (belum masak) setiap 10 minit.
6. Untuk sayuran campur: Panaskan minyak, goreng lobak merah hingga separuh empuk. Tambah sedikit air.
7. Masukkan cendawan, pis dan sos tiram. 
8. Kacau hingga pis empuk dan kuahnya agak kering kemudian angkat.
9. Untuk salad kentang: Lecek telur dengan mayonis dan sos Thousand Island.
10. Gaul dengan semua bahan lain. Ketepikan.
11. Untuk sos: Cairkan mentega atas api perlahan. Masukkan tepung dan kacau tanpa henti.
12. Bila mendidih, masukkan susu, air dan baki campuran sos tadi.
13. Kacau hingga pekat. Angkat dan hidangkan bersama ayam serta bahan-bahan sampingan yang lain.

 

 

%d bloggers like this: