Di Malaysia, peratus individu yang menghidap penyakit kencing manis sangat tinggi. Kacang bendi merupakan satu sayur yang sangat sesuai untuk kita amalkan untuk mengatasi masalah kencing manis. Ia mengandungi vitamin C, B6, tiamin, magnesium dan kalium yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Sesetengah orang tidak menyukai kacang bendi kerana ianya berlendir. Sebenarnya ada cara yang boleh kita gunakan untuk hilangkan lendir kacang bendi. Semoga Tips yang kami sediakan bermanfaat untuk anda.