Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji telur
  • 150ml susu segar
  • 100g garden peas / brokoli
  • 1 biji bawang besar (Dadu)
  • 2 biji kentang saiz sederhana (Dadu)
  • 2 sdb olive oil
  • 1 ulas bawang putih (Cincang)
  • 5 keping hirisan tomato
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Naikkan suhu oven 180’C. Sapu butter pd tin pembakar dan ketepikan.
  2. Panaskan olive oil, tumis bawang besar dan kentang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan gaul hingga kentang lembut.
  4. Masukkan peas atau brokoli dan tutup api. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam tin pembakar. Ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garpu sekejap, masukkan garam dan serbuk lada hitam, pukul lagi. Masukkan susu segar, pukul hingga sebati. Tuang ke dalam tin pembakar. Atur hirisan tomato di atasnya.
  6. Bakar selama 45 minit, 180’C atau hingga masak.
%d bloggers like this: