Bangun-bangun
Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus
Famili: Labiatae
Nama Biasa: Bangun-bangun
Nama lain: Ati-ati hijau, allspice
Lokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam

Kegunaan
Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual,sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawar kepada gigitan serangga berbisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

Antara khasiat daun bangun-bangun

Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum setelah suam.

Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam. Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh.

Bagi sakit kepala, ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit. Bagi menyedarkan orang yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.

Bagi penawar untuk gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit.

Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perutbatuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.

Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan

%d bloggers like this: