KEGUNAAN

  • Ekstrak bebaru mempunyai kesan antibakteria, antimalaria dan antibiotik.

  • Buahnya dihancurkan dan dimasak dengan minyak kelapa untuk membunuh kutu di rambut.

  • Getah daripada buah bebaru boleh digunakan untuk mengubati kurap dan kulit gatal.

  • Mengubati kulit yang dijangkitiĀ Herpes

  • Daun bebaru ditumbuk lumat untuk diajdikan ubat merawat pelbagai penyakit kulit dna melembutkan kulit.

  • Daun muda bolehh direbus untuk mengatasi masalah cacingan

  • Air rebusan daun boleh diminum untuk merawat busung, demam panas, selsema, tekanan darah tinggi dan merangsang perembesan susu ibu.

  • Daun bebaru juga boleh disapukan minyak salad lalu ditampal pada kepala yang sakit, di bibir ketika sakit gigi, diselit dalam kasut bagi meringankan sakit kaki.

  • Daun gugur boleh dikumpul, direbus dan diminum airnya untuk merawat sakit ginjal.

  • Air rebusan kulit pokok boleh diminum untuk menyihatkan badan dan merawat buasir dan disenteri.

  • Air rebusan kayu teras boleh diminum untuk merawat batuk kering, demam panas dan mengatasi masalah angin dalam badan.