Ingredients

  • 100 gm serbuk ubi kentang
  • 50 gm keju mozarella
  • 100 gm serbuk roti | roti potong yang dikeringkan dan dihancurkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit minyak

Directions

  1. Tuangkan air dalam serbuk kentang. Jadikan ia seketul doh.
  2. Leperkan doh tersebut. Kemudian, letakkan keju di tengahnya.
  3. Gulung dan jadikan bentuk silender, selepas itu celupkan dalam telur yang telah dipukul.
  4. Celup dalam serbuk roti.
  5. Goreng dalam minyak selama 3 hingga 4 minit sehingga kuning.
  6. Angkat dan hidangkan.