Siput sedut sedap untuk dimakan dengan pelbagai masakan. Sebagai contohnya bila dibuat siput sedut masak lemak. Rasanya sungguh enak dan lazat. Walaupun ianya sedap dimakan, cara penyediaannya amatlah sukar kerana untuk membersihkannya perlu mengambil masa yang lama disebabkan kotoran yang sukar tanggal serta berpasir. Gambar di atas menunjukkan tips untuk membersihkan siput sedut dengan cara yang lebih berkesan.