Melambatkan Proses Penuaan

buah betik kaya dengan vitamin. Antara ciri-ciri dan kelebihan vitamin A adalah membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengekalkan kulit yang lembut dan gebu. Sementara Vitamin C dan E membantu dalam penghasilan sel-sel baru pada kulit wajah. 3 vitamin ni yang akan membantu muka kita kelihatan Flawless secara semulajadi! Ops, tak habis lagi. Kewujudan Asid Alpha hidroksil dalam betik juga mempercepatkan proses larutan sel-sel mati dan sekaigus menghilangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan. Dalam betik ada sejenis enzyme yang dinamakan sebagai Papain. Fungsi Papain ni adalah untuk (selain buang sel-sel mati pada kulit) adalah untuk menggalakkan penghasilan kulit yang segar dan sihat, di samping pembentukan kulit yang bersih dan licin! Jadi… Nak cantik, amalkan la pengambilan betik ya!

Menghilangkan rekahan& Masalah Kulit Menggelupas

Tahu tak apa penyebab kepada masalah kaki merekah, kulit mengelupas dan gatal-gatal? Biasanya masalah-masalah ini berlaku disebabkan keberadaan radikal bebas yang merosakkan kolagen kulit dan elastin. Ramai yang kata, kalau nak hilangkan kedutan or tak nak nampak tua, ambil la anti-oksidan! Betul? Ok betul. Tapi tak ramai yang tahu yang badan kita sememangnya dah ada anti-oksidan. Macam mana anti-oksidan ni boleh hilangkan kedutan semua tu? Apa kaitan anti-oksidan dengan radikal bebas? Apa berlaku bila banyak radikal bebas dalam badan? Ops… Banyak sangat soalan tu. Sila sambung bacaan anda kalu nak tahu. First, bila radikal bebas banyak dalam badan, ia akan mengubah struktur lipids, protein and even DNA! Antara kesannya, masalah kedutan and kulit merekah ni la! Anti-oksidan pula, adalah sejenis molekul yang boleh interact dengan radikal bebas ni dan seterusnya merenjatkan pergerakan radikal bebas, sekaligus melambatkan proses penuaan!

 

%d bloggers like this: