Lemak daripada ayam merupakan lemak tepu. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan paras kolestrol dalam pembuluh darah. Pengambilan atau pemakanan makanan yang mengandungi lemak tepu boleh menyebabkan beberapa keburukan. Salah satunya boleh meninggikan paras kolesterol buruk dan tahap kolesterol keseluruhan dalam badan jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, lemak ayam seeloknya dibuang sebelum ayam tersebut dimasak. Gambar diatas merupakan tips untuk memisahkan lemak dari ayam secara cepat.

%d bloggers like this: