Kegunaan
herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan.Bahagian ubi cendawan susu rimau yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan. Pengamal perubatan traditional masyarakat Melayu menggunakannya untuk mengubati barah dara, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang, dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan. Manakala pengamal perubatan traditional masyarakat Cina pula menggunakannya untuk mengubati deman, lelah, ashma, menigkatkan sistem immunologi dan menguatkan kesihatan badan.