Bahan-bahan diperlukan:

Wedges: 

  • 3 biji ubi kentang 
  • 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • Minyak 

Sos cheesy:

  • 3 sudu besar mentega 
  • 250 ml susu segar 
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • 1 cawan keju Cheddar (diparut) 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 1/2 sudu kecil lada hitam 
  • Pewarna kuning (jika mahu) 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus ubi kentang selama 5 minit, kemudian potong menjadi bentuk wedges. 
  2. Gaul tepung gandum dengan garam dan lada hitam, dan salut wedges. 
  3. Goreng. 
  4. Dalam kuali lain, cairkan mentega. 
  5. Masukkan susu segar dan tepung gandum, kacau hingga tiada gumpalan. 
  6. Masukkan keju parut dan gaul hingga sebati. 
  7. Masukkan garam, lada hitam dan pewarna kuning. Gaul. 
  8. Hidang wedges dengan sos cheesy dan mayonis.
%d bloggers like this: