![](https://i0.wp.com/hajihalim.com/wp-content/uploads/2018/04/72-4.jpg?w=1080&ssl=1)
INGREDIENTS
- Roti – dibelah dua serong
- 2 biji Kentang – dikopek kulit dan direbus sehingga empuk
- 1 s/k serbuk Lada Hitam – gunakan lada hitam biji dan dikisar menjadi serbuk
- 1 s/k serbuk Jintan Manis – gunakan jintan manis biji dan dikisar menjadi serbuk
- 1 biji Lada Merah – dihiris halus atau pun dicincang
- 1/2 biji Limau nipis atau secukup rasa – ambil jusnya sahaja
- Daun Ketumbar – dipotong-potong (tidak terlalu halus)
- Perasa ‘cukup rasa’ maggie secukupnya – mai tidak menggunakan garam
- Butter secukupnya untuk memasak
- Bijan secukupnya
- Sos tomato secukupnya
DIRECTIONS
- Lenyekkan kentang dan masukkan lada hitam, jintan manis, serbuk perasa, lada merah,daun ketumbar dan jus limau nipis(perahkan sedikit dahulu dan rasa, jangan terlalu masam). Gaul rata dan sesuaikan rasa.
- Sapukan sebelah kepingan roti dengan sos tomato (seperti digambar) dan sapukan dengan adunan kentang tadi, seterusnya aburkan bijan secukupnya.
- Panaskan kuali dengan api kecil dan letakkan sedikit butter bersama roti tersebut, biarkan seketika sehingga dibahagian bawah roti tersebut garing.
- Letakkan sedikit butter di atas setiap roti (seperti digambar) dan terbalikkan roti tersebut. Biarkan seketika sehingga di bahagian kentang tersebut garing sebelum diangkat dan dihidangkan.
![](https://i0.wp.com/hajihalim.com/wp-content/uploads/2017/11/Klik-Rempah-1.png?w=1080&ssl=1)