Proses Pertama ( Penyedian Daging )
BAHAN :
1.Daging – 1/4 Kilo ( daging kotak/sejukbeku atau Daging Segar)
2.Bawang Putih – 3 ulas
3.Bawang Merah – 1 ulas
4.Kicap Manis – 2 sudu Besar
5.Sos Tiram – 1 sudu Besar
6.Garam – 1 sudu Kecil
7.Aji No Moto – ikut citarasa/boleh diganti sedikit gula
8.Serai – 1 Batang
CARA MEMBUATNYA :
1.Daging kotak , defrost microwave 4 minit ,dicuci ,dan dibiarkan kering 10 minit atas suratkhabar lama.
2.Dipotong nipis setebal daging burger.
3.Bawang putih,Bawah Merah dan Serai,Garam,dan Aji diblender lumat
Campurkan Kicap manis,Sos Tiram
4.Akhirnya semua bahan digaul rata. Masukkan daging dan digaul rata.
Masukkan dalam bekas bertutup.
5.Perapkan dalam petisejuk minima 3jam.
PROSES KEDUA ( SOS UNTUK CICAH )
BAHAN :
1.Cili padi/cabai melaka – 5 biji
2.Cili Merah – 1biji
3.Belacan
4.Bawang puith – 2 ulas
5.bawang Besar – 1biji besaiz kecil ( diameter 35mm)
6.Gula – 1/2 sudu kecil
7.Garam sedikit
8.Aji sedikit
9.Limau Nipis – 1biji
10.Asam Jawa – 3 biji/ambil airnya sahaja
CARA CARA:
1.Bawang Putih,Bawang Besar,Belacan dibakar microwave 4 minit med high
2.Masukkan kesemua bahan tadi kedalam blender dan blender lumat
3.SIAP MASUKKAN KEDALAM BEKAS BERTUTUP
(simpan ditempat yang selamat)
4.SELEPAS PERAP 3 JAM ATAU LEBIH bolehlah dibakar sehingga daging masak…
p/s : Lagi lama perap lagi sedap..Perap semalaman terbaik.