Ingredients

  • 1/2 kilogram┬ádaging batang pinang – dihiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Bahan perasa secukupnya
  • sedikit minyak untuk menggoreng
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 4-5 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit air
  • cili capsicum merah, cili capsicum hijau dan bawang besar dipotong bulat sebagai hiasan

BAHAN DITUMBUK

  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Directions

  1. Perapkan daging yang telah dihiris nipis bersama sedikit kunyit debu serta garam selama 15 minit.
  2. Panaskan kuali, masukkan daging beserta sedikit air. Rebus hingga daging empuk.
  3. Apabila daging telah empuk dan air sudah kering, masukkan minyak masak dan goreng daging.
  4. Masukkan bahan yang ditumbuk bersama-sama tadi hingga naik bau, kalau nak berkuah letak sikit air.
  5. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram serta serbuk lada hitam. Kacau rata.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah.
  7. Sedia untuk dihidang.

 

%d bloggers like this: