Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg daging (dipotong sederhana besar)
  • bahan untuk kisar: 4 sudu besar ketumbar 1 labu bawang putih (saiz sederhana) 1 biji bawang besar (saiz besar) 3-4 batang serai 2 cm halia 16- 25 tangkai cili kering (makin banyak makin pedas, tapi rebus dulu dan toskan airnya)
  • rempah kasar: 1 kulit kayu manis 3-4 kuntum bunga cengkih 3-4 biji buah pelaga
  • 2 hiris lengkuas
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar asam jawa (jangan campur air,masuk macam tu je)
  • 1/2 keping nissan atau 2 sudu besar gula melaka
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. basuh daging yang telah dihiris tadi,ketepikan
  2. masukkan semua bahan yang ingin dikisar ke dalam blender.kisar sampai lumat.
  3. dalam periuk,kalau boleh periuk tekanan, masukkan minyak.tumiskan rempah kasar sehingga naik bau.
  4. selepas tu masukkan bahan yg telah dikisar tadi.tumis sampai garing.
  5. selepas garing masukkan lengkuas tadi.tumiskan.
  6. masukkan sedikit air(jangan banyak sangat, nanti kuah jadi cair.masakan ni macam rendang basah)
  7. kemudian masukkan daging, kicap,gula melaka,asam jawa, garam secukup rasa.kalau nak tambah ajinomoto pun boleh.kacau sekejap.
  8. kecilkan api, tutup periuk tekanan.masak sampai empuk.kalau kering sangat, tambahlah air.
  9. bila dah masak, daging pun dah empuk, bolehlah hidangkan dengan nasi atu roti.ikut suka.selamat mencuba.
%d bloggers like this: