Bahan-Bahan

  • 800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
  • 3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih – dihiris halus
  • Halia – 1 inci – dihiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 biji cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
  • 2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
  • Daun kari beberapa helai

Cara Memasak

  1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk, Nina rebus guna kuali magic pan Ikan, sangat cepat empuk dan menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea… Nanti nak masukkan dalam kuah kari tu semula.
  2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
  4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar. Nina suka kuah kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
  5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk.
  6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.

Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan

%d bloggers like this: