BAHAN-BAHAN:
300 g daging
1 sudu makan cili kering kisar
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( tambah sos jika mahu kuah lebih )
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan (sos sotong/ nampla pun boleh)
1 biji buah tomato ( di potong 6-8 )
Cili merah/ cili hijau untuk hiasan
Daun ketumbar ( di hiris )
3-4 Helai daun limau purut
Sedikit minyak masak/zaitun
CARA PENYEDIAAN:
- Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang dan daun limau purut
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.