Kegunaan:

  • Daun halban digunakan untuk mengubati luka,kudis dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka.

  • Untuk mengubati demam, daun ditumbuk dan dituam pada kepala dan badan. Daunya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning direbus dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan.

  • Air rebusan kulit halban juga sesuai digunakan untuk mengeringkan luka, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

  • Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan,mencairkan darah, melegakan batuk, antioksidan, melancar perjalanan darah dan menguatkan tenaga zahir dan batin.

  • Daun dan kulit pokok halban berperanan sebagai ubat untuk memulihkan kesihatan ibu bersalin.