
Pokok Dukung Anak
Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian
KHASIAT- KHASIAT:-
- Ia membantu dalam menyekat pertumbuhan virus hepatitis B yang ditemui dalam aliran darah.
Ramuan ini dikatakan memiliki tindakan antikulat, antivirus dan hypoglecemic ( Merendahkan kadar gula dalam darah). - Ekstrak air Phyllanthus niruri dilaporkan mempunyai kesan perencat terhadap human immunodeficiency virus (HIV).
- Sangat berguna dalam rawatan penyakit hati seperti penyakit kuning dan Sirosis ( Parut pada hati) . Ia juga membantu untuk memperbaiki hati berlemak (Fatty liver) dan kerosakan hati kerana alasan apapun. Secara ringkasnya ia membantu proses penyembuhan dan mengembalikan keberkesanan fungsi hati.
- Air perahan tunas muda dijadikankan penawar untuk disentri.
- Daun adalah ubat popular terhadap demam.
- Digunakan untuk meningkatkan selera makan dan untuk meringankan radang.
- Juga digunakan dalam kes anoreksia.
- Digunakan dalam jangkitan saluran kencing dan jangkitan bakteria seperti cyctitis dan protastitis kerana sifat diuretik ( pelawas ) yang dimilikinya.
- Jus segar dari semua bahagian dicampur bersama dengan mentega sangat berkesan dalam rawatan menorrhagia, Keputihan dan Gonorea.
