Ingredients

BAHAN CREPE

  • 64 g tepung
  • 2 sudu besar gula
  • 120ml Susu segar
  • 60ml air suam
  • 14g mentega cair
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning

BAHAN FILLING

  • 227g isi durian
  • ½ cawan whipping cream
  • 1 sudu esen vanila
  • ¼ gula aising
  • 2 sudu besar air sejuk
  • Gelatin (halal)

Directions

CARA PENYEDIAAN CREPE

  1. Gaulkan 2 biji telur, 2 sudu besar gula, secubit garam, mentega yang telah dicairkan, tepung, susu dan air suam sehingga sebati.
  2. Tapis adunan tersebut dan biarkan ia selama beberapa minit.
  3. Kemudian, titiskan pewarna dalam adunan dan gaulkan sehingga warna menjadi rata.
  4. Panaskan non-stick pan dan sapukan sedikit mentega lalu tuangkan adunan tepung ke dalam kuali dan ratakan ia mengikut bentuk kuali (tak perlu terbalikkan adunan tepung).

CARA PENYEDIAAN FILLING

  1. Kacau whipping cream dan simpan di dalam peti ais (freezer) selama 5 minit kemudian ‘pukul’ ia sehingga kembang.
  2. Perlahan-lahan masukkan gula aising dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukan sesudu esen vanila dan campurkan gelatin bersama air suam dan di campurkan dengan krim pekat yang telah di panaskan dengan cara double boiled.
  4. Pukul adunan ini sehingga ia benar-benar kembang dan menjadi seperti spongy dan asingkan ia
  5. Sementara itu, gaulkan isi durian sehingga rata dan asingkan ia juga.

CARA HIDANGAN

  1. Ambil sekeping kulit crepe dan letakkan sesudu besar adunan krim dan isi durian di tengah bulatan.
  2. Kemudian,lipatkan menjadi bentuk segi empat.

 

%d bloggers like this: