Pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untukmengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan

Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair , mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin.Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

 

Secara kesimpulan khasiat mas cotek adalah membetulkan kerosakkan urat saraf

  • mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin

  • meningkatkan keinginan hubungan suami isteri

  • membantu mengawal tekanan darah tinggi

  • merawat penyakit paru-paru berair

  • mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah

  • kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda

  • mengurangkan tahap kolestrol dalam darah

  • mengurangkan keletihan dan kelesuan badan

  • membantu masalah keputihan

  • melancarkan peredaran haid