Daging mengandungi kandungan gizi yang sangat baik untuk tubuh badan. Antara kandungan yang terdapat dalam daging adalah zat besi, protein, selenium dan vitamin B kompleks yang mana ianya akan memberikan manfaat kepada tubuh badan. Seringkali daging digunakan untuk memasak pelbagai masakan melayu seperti rendang, sup daging, sate dan lain-lain lagi. Tapi rasa daging tidak sedap jika ianya liat ataupun tidak empuk. Berikut adalah tips untuk melembutkan daging supaya sedap dimasak untuk pelbagai masakan.