Bahan-bahan diperlukan:

Roti france

Garlic butter

50g bawang putih.

250g butter- suhu bilik

daun pasli secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

Kupas kulit bawang putih. Belah dan buang bahagian tengah (bahagian ini boleh menyebabkan rasa pahit). Basuhkan. Kemudian kisar.

Masukkan bawang putih tadi dan pasli ke dalam butter. Kacau biar sebati.

Potong roti france nipis-nipis, tapi jangan putus. Masukkan butter tadi di bahagian tengah tempat potong tadi. Kemudian sapukan sedikit garlic butter ke atas roti.

Bakar sekejap bergantung kepada kegaringan yg anda suka.

Garlic butter yang tak abis boleh difrozenkan dan boleh diguna pada lain kali.

%d bloggers like this: