BAHAN BAHAN :

  1. 1 ekor ayam | dipotong 16.
  2. 200gm terung pipit.
  3. 500ml santan.
  4. 1 biji kentang.
  5. 3 biji bawang merah India | dikisar.
  6. 5 ulas bawang putih | dikisar.
  7. 5sm kunyit | dikisar.
  8. 1 sudu teh jintan manis.
  9. 1 sudu teh jintan putih.
  10. 4 biji buah pelaga.
  11. 1 batang kulit kayu manis.
  12. 2 keping asam keping.
  13. 3 sudu makan minyak masak.
  14. Garam dan serbuk perasa secukupnya.

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan jintan manis,jintan putih,buah pelaga serta kulit kayu manis hingga naik baunya.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan hingga kekuningan dan garing.
  3. Setelah garing,masukkan santan dan kacau rata.
  4. Pastikan santan dikacau sentiasa agar tidak pecah minyaknya.
  5. Masukkan ayam dan biarkan hingga mendidih.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya diikuti terung pipit dan asam keping.
  7. Biarkan masak hingga kuah menjadi sedikit pekat dan angkat.
  8. Siap dihidangkan.