Ingredients

  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis
  • 1 paket kerisik – anggaran 40g
  • 1 paket kecil kari daging
  • 1 labu bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 cm halia – dikisar
  • 1 cm lengkuas – dikisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 4 sudu besar cili giling/cili boh
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah
  • 2 keping asam keping
  • minyak untuk menumis
  • bahan perasa
  • air secukupnya

REMPAH RATUS

  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 cm kulit kayu manis

Directions

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah ratus, bahan kisar, serai sehingga wangi dan garing
  2. Satukan cili giling dan rempah kari, jadikan pes, dan tumiskan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Masukkan santan, kerisik, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping.
  5. Biarkan mereneh dan daging menjadi empuk. Kacau sekali sekala.
  6. Apabila daging empuk, perasakan dengan bahan perasa.
  7. Siap untuk dihidang.