Bahan – Bahan :

1/2 paket Katsuo Dashi dicampur dengan 300ml air 

200g Daging yang dihiris nipis

3 sb Soyu (kicap cair jepun)  jenama kikoman

1/2 sb Gula

1/2 sb Madu

1/2 biji Bawang Besar, dihiris nipis

2 inci Halia tumbuk halus

sedikit Garam

sedikit Minyak

Telur Rebus

Halia Jeruk

Cara – Cara :

  1.      Di dalam bekas kecil satukan soyu, gula dan madu, ketepikan.
  2.     Daging dihiris nipis² kalu nak senang potong masa daging tu half frozen. Baru x hancur nak potong nipis² then rebus daging sekejap dengan bancuhan dashi tadi berserta dengan halia, 
  3.     Panaskan sedikit minyak dalam fry-pan, masukkan bawang besar & tumis hingga bawang agak layu, Then masukkan bancuhan soyu tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan daging yang telah direbus, bersama-sama kuah dashi yang terdapat dalam periuk daging tadi, kacau sehingga kuah agak kering, sesuaikan rasa, kalau tak cukup masin boleh tambahkan sedikit lagi soyu atau gula.

 

  1. Cara Penyediaan Gyudon, sendukkan nasi jepun di dalam bowl kecil dan toppingkan atasnya dengan daging yang siap dimasak tadi, taburkan sedikit halia jeruk dan telur rebus.