Ikan merupakan sumber penting dalam pemakanan. Hal ini kerana ia menyediakan bahan yang diperlukan untuk tubuh manusia dan juga mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Daging ikan boleh membantu pembentukan gigi dan gusi yang sihat, manfaat kulit, menjadikan rambut sihat dan boleh menghindarkan dari jangkitan bakteria.  Namun seringkali ikan menghadapi masalah hanyir kerana ianya merupakan hidupan air yang menyebabkan rasa ikan tersebut berubah apabila dimasak. Gambar di atas menunjukkan tips untuk hilangkan bau hanyir ikan.