Bahan-bahannya:
● 15 batang cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
● 3 biji bawang besar
● 2 biji bawang putih
● 1/2 cm belacan
● 1 biji tomato
● Kisar semua bahan hingga halus
● 1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut dengan asam jawa tanpa air. (Ada orang rendam 5 minit dalam air kapur untuk hilangkan hancing)
● Bila hendak guna, ikan pari dicuci bersih
● Beberapa helai daun pisang
● 3 biji atau lebih limau kasturi
(untuk perah atas ika )
● Daun ketumbar ( racik kasar )
● Garam

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata jangan sampai hangus. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.

  1. Alas daun pisang diatas dulang pembakar. Letak sedikit sambal kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi. Bakar ikan hingga masak.

3. Perahkan limau dan taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan.

 

%d bloggers like this: