Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping ikan goreng (seeloknya ikan tenggiri, mayong atau pun ikan merah)
  • Asam jawa sebesar ibu jari
  • 1 inci belacan
  • Garam dan sedikit gula
  • Bahan-bahan dihiris:-
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 – 10 biji cili hijau

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Asingkan isi dan tulang ikan, potong kiub ikan tadi dan ketepikan. Asam jawa dicampur dgn 1/2 cawan air dan ramas, tapis jusnya, kemudian masukkan belacan dan hancurkan hingga larut bersama2 jus asam jawa.
  2. Dalam kuali, tuang 2 camca besar minyak masak, tumis bahan2 hiris hingga perang. Masukkan isi ikan, gaul rata. Tuang bancuhan jus asam jawa dan belacan tadi. Perlahankan api dan biar masak 1- 2 minit.
  3. Tambah garam dan sedikit gula sehingga tahap kemasinan yg diinginkan. Bagi yg suka menggunakan MSG (aji no moto), boleh juga renjiskan sedikit. Gaul rata dan boleh diangkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih atau bubur nasi…