Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan lampam sederhana besar (dibersihkan digaul garam dan kunyit lalu digoreng)
  • 2 sudu besar taucu masin – dibasuh2 utk dibuangkan masinnya sedikit
  • minyak utk menumis
  • gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Bahan ditumbuk halus
  • 1 genggam lada api
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan ditumbuk kasar
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • Bahan dihiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 keping asam gelugor

Cara menyediakan dan memasak:

  1. sediakan kuali dan panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 ditumbuk kasar dan bahan2 dihiris halus sehingga garing..setelah naik bau masukkan bahan yg ditumbuk halus.
  2. Masukkan sedikit air kemudian masukkan taucu biarkan sebentar kemudian masukkan sedikit gula dan serbuk perasa secukupnya.. Sambal ini tak memerlukan garam kerana taucu sedia ada masin.. tutup api
  3. Kemudian ratakan diatas ikan lampam yg telah digoreng tadi.. Dan bolehlah dimakan bersama nasi panas..