Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan (bawal/merah)- saya guna 2 keping ikan pari yg dah potong.
  • 1 btng serai-diketuk
  • daun limau purut-dihiris,saya guna 8 helai daun limau purut
  • air asam jawa, saya guna 1/4 cwn air asam jawa
  • daun pisang dan aluminium foil

Bahan2 Kisar:-

  • 5 cili merah
  • 5 cili kering-saya guna 2 sudu besar cili kisar
  • 5 cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • garam dan sedikit gula-saya tambah
  • sedikit belacan-saya tambah

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam dan air asam.
  2. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil. Letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Tutup daun pisang dan foil.
  3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian. Saya bakar dlm oven saja selama 45 minit.
  4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

 

%d bloggers like this: