Ingredients

  • 3 ~ 4 ekor ikan sembilang
  • 10 biji cili merah – dikisar
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 ulas bawang besar – dimayang kasar
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – ditumbuk
  • air limau kasturi
  • sedikit garam dan gula secukup rasa

Directions

  1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi.
  3. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
  4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.